Rabu, 11 Disember 2013

Umat Islam boleh melakukan maksiat tetapi dengan lima syarat sahaja.

5 Syarat untuk melakukan maksiat

Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. 'Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat'.

Ibrahim berkata, 'Jika kamu mau menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh terus melakukan maksiat.'

1. Jangan makan rezeki Allah. 
Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mau makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim berkata, 'Kamu makan rezekiNya, tapi mahu melanggar larangan-Nya?'

2. Jangan tinggal di bumi Allah.
Apakah kau layak tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar larangan-Nya?

3. Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh Allah.

4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku. Aku mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'.
Apakah kamu masih ingin berlaku maksiat apabila mengetahui maut boleh datang bila-bila masa sahaja.

5. Bila malaikat Zabaniyah datang hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mau ikut bersamanya. Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.' 


Sumber dari laman yang antara lainnya yang cukup menarik iaitu; silakan copy atau link atau share. Tidak perlu minta izinhttp://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/03/syarat-bermaksiat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan