Jumaat, 6 Disember 2013

Benci itu apa.

DKTM
To DKTM
Jan 20, 2005
New Message on DKTM

apa itu benci
From: _cheaky81001_

Cinta terkubur di nesan yang tak bertanda.....

Air mataku seorang perempuan

Airmataku seorang perempuan
menggambarkan perasaan dalaman
tidak mampu di luahkan dengan perkataan
cukup sekadar jernihan yang berjuraian
 
Airmataku seorang perempuan
bisa mengungkap seribu harapan
       harapan kepada sebuah percintaan
       harapan kepada sebuah kehidupan
       harapan kepada dirimu tuan.......
 
namun......
airmataku seorang perempuan
telah kering di kelopak nan gersang
kerana kini wahai tuan.....
telah tiada segala kepastian
segala pengharapan tiada jawapan
kelihatan suram di penghujung jalan
 
hanya yang tinggal wahai tuan...
doa yang kudus kepada Tuhan
mohon dikuatkan hati dan perasaan
kerana senjataku seorang perempuan
hanya tangisan yang mampu menghilangkan rawan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan