Jumaat, 6 Disember 2013

Imam Nafei' tokoh Qiraat Madinah.

Imam Nafei' tokoh Qiraat Madinah

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

IMAM pertama dalam tujuh Qurra dikenali sebagai Imam Nafei' al-Madani. Nama penuhnya ialah Nafei' Ibn AbdulRahman Ibn Abi Nu'aim. Beliau lahir pada tahun 70 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 169 hijrah.

Kebiasaannya ulama zaman dahulu mempunyai guru yang ramai. Begitu juga dengan Imam Nafei'. Beliau mempelajari al-Quran dan bertalaqqi lebih daripada 70 guru.
Antara gurunya ialah Abdul Rahman Ibn Hurmuz al-A'raj, al-Qasim Ibn Muhammad Ibn Abi Bakr al-Siddiq, al-Zuhri dan lain-lain.

Selepas menguasai ilmu Qiraat al-Quran dan wajah-wajah bacaannya, beliau mengajar al-Quran di bumi Madinah selama lebih 70 tahun. Tugas utama beliau adalah sebagai imam di Masjid Nabawi.
Pernah satu ketika, Imam Malik Ibn Anas berkata, Qiraat penduduk Madinah adalah Sunnah. Ditanya kepadanya adakah ia Qiraat Imam Nafei'? Imam Malik menjawab: "Ya."

Ciri pemilihan tujuh imam Qiraat antaranya adalah pengajaran al-Quran dalam tempoh yang panjang. Apa yang lebih utama ialah keikhlasan mereka dalam mengajar al-Quran tanpa mengira penat dan jemu.
Keikhlasan yang mereka miliki ini telah dimuliakan oleh Allah SWT. Antara kemuliaan atau karamah yang Allah SWT kurniakan kepada Imam Nafei' adalah mulutnya berbau wangi setiap kali beliau mengajar al-Quran.
Pernah satu ketika muridnya bertanya adakah tuan imam memakai haruman setiap kali sesi pengajaran? Beliau menjawab: tidak pernah aku menyentuh wangian, tetapi aku pernah bermimpi melihat Rasulullah SAW membaca al-Quran ke arah mulut ku. Sejak itu mulutku sentiasa berbau wangi.
Ramai di kalangan penduduk Madinah yang belajar al-Quran daripada Imam Nafei'. Antara mereka ialah Imam Malik Ibn Anas.

Imam Malik amat menghormati Imam Nafei'. Pernah satu ketika datang seorang bertanya kepadanya berkenaan basmalah. Lalu beliau menjawab: Tanyalah kepada Nafei', setiap ilmu hendaklah ditanya kepada pakarnya.


Kisah yang berlaku itu memberi faham kepada kita bahawa setiap ilmu ada pakar-pakarnya. Ilmu fiqh dan tauhid ada pakar-pakarnya. Ilmu Tajwid dan Qiraat ada pakar-pakarnya. Justeru, mestilah mengenali setiap ilmu melalui pakarnya.

Kedua-dua muridnya ini adalah antara mereka yang mempunyai kebolehan luar bisa. Kedua-duanya telah memberi sumbangan yang besar dalam pengajaran al-Quran.

Di Malaysia, secara umumnya riwayat yang diamalkan adalah riwayat Hafs daripada Imam Asim. Namun begitu, terdapat pusat-pusat pengajian al-Quran dan guru al-Quran yang mengajar riwayat Warsy.
Justeru, rebutlah peluang dengan mempelajari riwayat-riwayat al-Quran dari guru yang berkebolehan.

Kebiasaannya ulama zaman dahulu mempunyai guru yang ramai. Begitu juga dengan Imam Nafei'. Beliau mempelajari al-Quran dan bertalaqqi lebih daripada 70 guru.

Antara gurunya ialah Abdul Rahman Ibn Hurmuz al-A'raj, al-Qasim Ibn Muhammad Ibn Abi Bakr al-Siddiq, al-Zuhri dan lain-lain.

Selepas menguasai ilmu Qiraat al-Quran dan wajah-wajah bacaannya, beliau mengajar al-Quran di bumi Madinah selama lebih 70 tahun. Tugas utama beliau adalah sebagai imam di Masjid Nabawi.
Pernah satu ketika, Imam Malik Ibn Anas berkata, Qiraat penduduk Madinah adalah Sunnah. Ditanya kepadanya adakah ia Qiraat Imam Nafei'? Imam Malik menjawab: "Ya."

Ciri pemilihan tujuh imam Qiraat antaranya adalah pengajaran al-Quran dalam tempoh yang panjang. Apa yang lebih utama ialah keikhlasan mereka dalam mengajar al-Quran tanpa mengira penat dan jemu.
Keikhlasan yang mereka miliki ini telah dimuliakan oleh Allah SWT. Antara kemuliaan atau karamah yang Allah SWT kurniakan kepada Imam Nafei' adalah mulutnya berbau wangi setiap kali beliau mengajar al-Quran.

Pernah satu ketika muridnya bertanya adakah tuan imam memakai haruman setiap kali sesi pengajaran? Beliau menjawab: tidak pernah aku menyentuh wangian, tetapi aku pernah bermimpi melihat Rasulullah SAW membaca al-Quran ke arah mulut ku. Sejak itu mulutku sentiasa berbau wangi.

Ramai di kalangan penduduk Madinah yang belajar al-Quran daripada Imam Nafei'. Antara mereka ialah Imam Malik Ibn Anas.

Imam Malik amat menghormati Imam Nafei'. Pernah satu ketika datang seorang bertanya kepadanya berkenaan basmalah. Lalu beliau menjawab: Tanyalah kepada Nafei', setiap ilmu hendaklah ditanya kepada pakarnya.


Kisah yang berlaku itu memberi faham kepada kita bahawa setiap ilmu ada pakar-pakarnya. Ilmu fiqh dan tauhid ada pakar-pakarnya. Ilmu Tajwid dan Qiraat ada pakar-pakarnya. Justeru, mestilah mengenali setiap ilmu melalui pakarnya. 

Sumber: Gmail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan