DKTM
To DKTM
Jan 8, 2005
New Message on DKTM |
From: oshin |
Ketukan yang bertalu-talu mengejutkan Jasmin dari lamunan. Dia bangun membuka pintu. "Mama panggil kak long. Cepat sikit," ujar Hisham, adiknya yang nombor empat.
Jasmin menganggukkan kepalanya menuju ke ruang tamu. Dia menjeling ke arah mamanya yang sedang mencuka. Eish...ni yang buat aku takut ni, bisik hati Jasmin.
"Ha...Min.. mama tengok kain batik yang Min bawa balik tu kurang sehelai, hilangkan lagi ke?" Jasmin menjeling mamanya, "Min jemur kat ampaian asrama tapi.... bila nak ambil dari ampaian, kain dah hilang,"
"Ini bukan kali pertama ni Min. Adik Na pun dok asrama tapi tak pernah hilangkan kain batik sehelai pun". Jasmin tau Husna jarang menghilangkan barang, kalau ada pun mama mesti membelanya.
"Dia pun pernah gak hilangkan kain batik tapi mama tak marah pun" jawab Jasmin memandang lantai. Hatinya memberontak.
"Itu je lah yang Min pandai, menjawab....... menjawab....... menjawab..... cuba ikut perangai adik tu sikit. Kalau tak menjawab tak boleh agaknya." Ah! Mama bukan tau isi hati Min. Mama tau membebel je, rungut hati Min menahan sebak. Jasmin bangun menuju ke biliknya tanpa menghiraukan panggilan mamanya.
"Marah sikit dah merajuk. Jangan nak menderhaka pulak Min". Jasmin mendiamkan dirinya dalam bilik. Airmatanya deras mengalir. Alangkah bahagianya kalau nenek masih hidup, nenek akan membela Min, hatinya terus menangis.
Dari dulu lagi Jasmin hairan dengan sikap mamanya yang terlalu pilih kasih diantara anak-anaknya. Dari kecil lagi dia terpinggir, hanya Allahyarham neneknya sahaja yang sentiasa menyebelahinya. Abah? Abah terlalu pendiam, tak berani menyebelahi dirinya. Akhirnya Jasmin tertidur dengan pipi yang masih basah dengan airmata.
Islam: Sebagai anak walau apa pun "diam itu lebih sejahtera untuk roh kerana-Nya"
bersambung
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan