Tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dengan
sesuatu yang mulia.
Hukum tabarruk adalah HARUS (DIBENARKAN).
Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya : "Daripada
Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata : Asma mengeluarkan kepadaku sehelai
pakaian ada dua lubang yang berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian
Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpan oleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku
menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dalam air untuk menjadi ubat kepada
orang yang sakit di kalangan kami."
Imam Khatib al-Baghdadi, dalam karya beliau yang masyhur
"Tarikh Baghdad" pada jilid 1 halaman 123, menulis kisah Imam
asy-Syafi`i RA berkata: " Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah
dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari. Apabila aku mempunyai suatu hajat
keperluan, aku solat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa
kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut
ditunaikan. " http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan