New Message on DKTM | |
kod rahsia
From: amØi |
Al Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya. Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja. Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri iaitu dengan istilah "mesin taip"Apabila si suami berkehendakkan pada isterinya maka dia akan memberi tahu pepatah itu kepada isterinya.
Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bilamana si suami yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari majikannya yang dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada masa itu juga dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya. Si suami melihat jam di tangan. "Hai setengah jam sempat lagi ni ...." bisik hatinya.
Si Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya si isteri sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah.
Si suami pun menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun itu memanggil isterinya dengan bersama pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus menyampaikan pesanan dari ayahnya itu. "Emak..., abah kata dia hendak mesin taip...." kata sikecil itu petah. "Nak mesin taip...??? Nantilah cakap sama abah nanti mama balik bagi mesin taip tu yaa...!!" sahut si isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat suaminya itu. Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangan sesama sendiri kehairanan. "Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya. "Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..."sampuk seorang lagi yang sama-sama tidak memahami apa-apa. Si isteri itu hanya tersengeh-sengeh malu. "Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi....!" balas si isteri mengalihkan cerita.
Si isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik berbual satu tajuk yang panas. Si isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa yang dihajati oleh si suami.
Hampir dua puluh minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu.
"Laa kata nak mesin taip....???" "Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah Tulis Dengan Tangan.!!!"
Bagitahu si suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan si isteri yang tercengang-cengang.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan