Rabu, 4 Jun 2014

Dengki dan dendam, penyakit yang menyerabaikan jiwa. Menjadi barah kepada rohani dan jasmani.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  .
  • Akhir-akhir ini penyakit jiwa semakin menjadi-jadi. Hasilnya pelbagai kejadian jenayah yang tidak terduga telah terjadi secara bertimpa-timpa. Dari golongan kecil yang jadi mangsa sehinggalah ke golongan yang selanjutnya. Pelaku jenayahnya pelbagai dari budak sekolah sehingga kepada orang dewasa. Keadaan demikian juga melibatkan warga asing yang berada di negara ini.
    Akhir zaman. Macam-macam Allah SWT tunjukan untuk hambaNya yang telah tersesat kembali kepada jalan yang benar. Meyakini perentahNya dan laranganNya Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Pemilik sekelian alam dan segala isi kandungannya.

    Ingatlah wahai aku: "Sesungguhnya, Mati itu benar, Siksa Kubur itu benar, Alam Barzakh itu benar, Alam Akhirat itu benar, Siratul Mustaqim itu benar, Syurga itu benar, Neraka itu benar..."

    In Syaa Allah pintu taubat, pintu untuk kembali ke jalan lurus masih terbuka luas, selagi nyawa pinjaman Allah SWT dikandung badan. Sama-samalah kita sentiasa bertaubat, mohon keampunan dariNya Allah SWT Tuhan Yang Maha Agong.

    Sumber gambar: FB Ac individu - lalai mencatat. Harap maaf.
    Ruang dengki dan dendam sudah tidak terbatas. Sudah dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Menggodam internet seseorang juga menjadi barah hasad dan dengki dalam jiwa seseorang. Mungkin mereka bimbang dengan keselesaan orang lain. Kacau ganggu sudah jadi mainan seumpama godakan gula dalam kopi pekat, jika tidak mengganggu seseorang selepas celik mata pagi, tidak sah dalam kehidupan hariannya. Mungkin akan tawar dan hambar hidupnya. Nauzubillah...
    Facebook NiagaLens
    Penyakit Hasad Dengki menjauhkan aku dari Allah S.W.T..nauzubillah minzaliq. 

    Penyakit Hasad Dengki, kesannya "nauzubillah minzaliq". Dahsyat. Pelakunya boleh selamba, boleh berbual-bual macam biasa, macam tidak ada apa-apa yang berlaku kepada orang yang menjadi mangsanya, angkara perbuatan durjananya. Pendek kata boleh dapat gelaran pelakon yang hebatlah. 


    Siap ada yang menggubah penyakit hasad dengki ini sebagai Phd. Kira pangkal nama dapat gelaran "Dr". Tetapi yang ini tidak sesekali layak untuk gelaran tersebut, sebab hasad dengki terbukti menjadi penyakit yang paling utama menjahanamkan Melayu. 

    Penyakit hasad dengki sudah menjadi satu kelemahan Melayu. Sedar atau tidak musuh-musuh Melayu, mengambil kesempatan mempergunakan sikap hasad dengki yang sudah sebati dengan Melayu, sebagai satu cara untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. 

    Musuh-musuh Melayu akan memperalatkan seorang Melayu untuk menjahanamkan Melayu yang lain.Dalam penyakit hasad dengki ini terisilah didalamnya perbuatan memfitnah. Fitnah bahasa mudahnya ialah membuat berita bohong dan termasuklah penyebaran berita bohong. 


    Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

    Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
    Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

    Merujuk kepada Perundangan Islam yang menjadi pegangan majoriti Melayu, sipembuat fitnah dan penyebarnya, hukumnya bagaimana....Allah S.W.T, berfirman yang bermaksud  , "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ." al-Baqarah (2): 191
    Para Ulama mentafsirkan fitnah di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Fitnah itu akan menjadikan seseorang itu antaranya syirik atau kufur. Ini termasuklah penyeksaan golongan musyrikin terhadap orang yang beriman di zaman Nabi Muhammad SAW.

    Fitnah juga sebagai sebahagian usaha untuk memurtadkan orang Islam. Fitnah juga merupakan ujian dan bala bencana kepada seseorang atau masyarakat setempat. Fitnah juga akan mewujudkan suasana masyarakat yang rosak dan menyeleweng dari akidah Islam.

    Pemfitnah akan mengadu-dumba dalam menyebarkan fitnah, bagi menyakinkan orang lain untuk mendengar berita bohongnya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, melainkan dari orang-orang yang teraniaya....". an-Nisa' ayat 148.

    Mengambil kesempatan diatas kelemahan mangsanya adalah jalan cerita utamanya, berserta dengan menokok tambah agar kelihatan cerita bohongnya seolah-olah menjadi cerita yang benar, bagi meyakinkan pendengar dan mempengaruhi pendengarnya. Kebaikan mangsa fitnah bukan sandaran malah diketepikan langsung dalam cerita bohong tersebut.

    Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Janganlah saling mencari-cari ghibah (aib) sesama kamu" surah al-Hujarat ayat 12. Pemfitnah biasanya mengenali pendengarnya yang merupakan rakan rapat atau orang sekelilingnya. Pada kebiasaannya pendengar adalah orang yang berperibadi mudah dipengaruhi, mudah meyakini cerita bohong yang dibawa pemfitnah ini, tanpa usul periksa.

    Pemfitnah pada kebiasaannya tidak ambil peduli soal aib orang lain serta aib jiran tetangganya. Malah aib seseorang itu adalah bonos dan menjadi topik utama pemfitnah ini.

    Lebih malang lagi aib rakan baiknya pun tidak dipedulikan, terutamanya bila rakan-rakannya sudah mula merenggangkan diri dari bergaul rapat dengan pemfitnah ini, setelah tahu keburukan peribadi pemfitnah. Pastinya ada unsur dendam kesumat. Itulah bahayanya individu yang berperibadi dan berpenyakit hasad dan dengki.

    Rasulullah SAW pernah ditanya, "Apa sebenarnya ghibah (aib) itu?". Rasulullah SAW menjawab "Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka". Ditanya lagi "Bagaimana kalau ianya benar". Rasulullah SAW menjawab "Sekiranya apa yang kau katakan itu benar, engkau telah melakukan ghibah dan  sekiranya tidak, engkau telah melakukan fitnah". (Hadis Riwayat Muslim)

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunilah aku, dindingilah aku dari perbuatan keji yang mengiakan perbuatan syaitan yang Engkau laknat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunilah ibu bapaku, isteriku, anak-anakku, kaum keluargaku, muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali ke Rahmatullah. Berilah kesihatan, rezeki, ilmu serta kekuatan agar aku dapat meneruskan perkongsian ilmu sesama umat Nabi Muhammad SAW dalam pengukuhan iman, dengan izinMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. In Syaa Allah.

    Alhamdulillah syukurku kepadaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan kurniaMu, nikmatMu, rezekiMu, pinjamanMu hingga aku dapat hidup hingga ke hari ini. Amin, Amin, Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Pemilik Alam dan Pemilik Segala Isi Alam, hindarilah aku dari terhumban ke api neraka apabila sampai waktunya.

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim terangilah alam barzahku dengan pemberian NikmatMu dan RahmatMu berserta Syafaat Nabi Muhammad SAW yang membuka pintu Syurga untukku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, andai aku lalai sebagai hambaMu, berilah jalan untuk aku kembali mengEsakanMu.

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kurniakanlah tempat yang terpuji untuk Junjunganku Nabi Muhammad SAW., sebagaimana yang telah Engkau janjikan. Amin Amin Amin Ya Rob.

    Wassalam.

    Sumber gambar: Hasad dengki.
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.


Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86) 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]



Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
eaho™.
s3v3n

s3v3n

Tiada ulasan:

Catat Ulasan