shared Nik Abdul Aziz Nik Mat's status.
Berjimat Suruhan Islam, Bukan Kerana
Defisit Tinggi
Saya membaca saranan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di muka hadapan Sinar Harian hari ini yang menggesa kerajaan agar berjimat cermat dan jangan boros apabila berbelanja. Katanya, negara kita kini mengalami defisit dalam perbelanjaan, jadi tidak ada cara lain untuk mengawal keadaan kecuali berjimat cermat.
Barangkali Tun Dr Mahathir baru sedar bahawa selama ini kerajaan Malaysia sudah banyak membazir di dalam perbelanjaannya. Apabila minyak terpaksa dinaikkan 20 sen hanya untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM3.3 billion yang lebih daripada itu dihabiskan untuk tujuan lain, barulah Tun bersuara.
Suka untuk saya menyebut bahawa berjimat cermat ini ialah perintah Islam. Ia bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah.

Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Bacalah
teguran Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang bernama Saad Radhiallahuanhu
ketika beliau sedang berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam
wudhuk Saad Radhiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabada:
مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ
yang bermaksud : Apakah
pembaziran in? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun ada pembaziran?
Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di dalam sungai yang
mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.
Jika di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wudhuk dengan air yang berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika di dalam keadaan air yang tidak mencukupi.

Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar yang
terbengkalai, pelaburan di luar negeri yang menggunakan duit rakyat yang
merugikan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan ke atas bahu rakyat
untuk menanggungnya jelas sekali merupakan satu pilihan yang zalim dan tidak
kena pada tempatnya.
Ketika saya mula-mula mentadbir negeri Kelantan pada tahun 1990, dasar jimat cermat inilah yang saya arah digunapakai dalam semua urusan kerajaan. Gaji bulanan Menteri Besar, ahli exco dan wakil rakyat kerajaan dipotong, sebahagiannya dijadikan sumbangan tetap untuk parti. Saya mengarahkan agar amalan memberikan cenderamata kepada pemimpin kerajaan ketika lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas tujuan yang tidak perlu.
Saya menolak peruntukan untuk keraian Hari Raya dan Juadah Berbuka Puasa yang masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 setiap tahun bermula tahun 1990. Saya tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di JKR10 bagi mengelakkan perbelanjaan mengurustadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung kerajaan. Pada masa itu, Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia yang seringkali mempertikaikan apa jua langkah positif yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.
Bahkan masih terngiang-ngiang di telinga saya tuduhan yang menyatakan bahawa amalan memberikan cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri hanya akan menyebabkan mereka menjadi malas. Tanpa segan dan tanpa silu, itulah yang ditiru kemudiannya oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Dari sudut penjimatan, tambahan cuti sehari dalam seminggu ini menjimatkan banyak bekalan eletrik yang digunakan di pejabat-pejabat kerajaan.
Saya sokong saranan Tun Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia bagus namun agak lewat. Tetapi lewat itu lebih baik dari langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir berpegang kepada prinsip better late then never. Tahniahlah, namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira apa salahnya berikan kredit kepada Islam.
Ertinya, berjimat cermat bukan hanya kerana defisit naik, bukan kerana perbelanjaan meningkat tetapi berjimat cermat kerana itulah suruhan agama. Saya tidak rasa lidah kita terlalu kekok sehingga menghalang untuk menyebut Islam.
Itulah Islam, agama yang syumul dan menyeluruh. Islam bukan hanya agama kopiah dan serban sahaja. Inilah yang wajib diketahui oleh pemimpin parti politik sekular yang hari ini dilihat banyak memakai kopiah dan menghiasi dada-dada akhbar dengan gambar berkopiah mereka.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 29 Syawwal 1434H bersamaan 5 September 2013M

Tiada ulasan:
Catat Ulasan