Ahad, 8 September 2013

Dua puluh sen besar ertinya kepada yang hidup seadanya kerana Allah S.W.T..

Kerana 20 sen itu...
Ini kisah yang saya dapat dari wassap.group..

Masuk-masuk pejabat, termenung sekejap.. Muhasabah diri sebentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi.. 

Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah.. Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah dan mereka tidak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan ke mana.. AllahhuRabbi..

Tiap-tiap pagi, sebelum sampai pejabat, saya akan berhenti untuk membeli nasi lemak di simpang, yang tidak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap Pak Cik kononnya (^_^) dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30 pagi. Setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian sekolah. 
Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, saya akan bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya, apalah sangat harga RM1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ini dan dalam kesayuan suaranya, dia tak putus-putus mengucapkan terima kasih. 

In Syaa Allah inilah peluang yang Allah SWT berikan kepada saya bersedekah. Pernah saya bertanya kepadanya, bersekolah di mana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah, di mana tinggal dan sebagainya.
Katanya, dia bersekolah agak jauh, 25 hingga 30 minit berjalan kaki, sebab itu kena keluar awal. (Terkenang anak-anak saudara di rumah yang sebaya dengan Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana, tetapi lebih beruntung dari adik ini.. Kesian adik ini..)

Setelah hampir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood Hari Raya kononnya), maka 3 minggu jugalah saya tidak membeli nasi lemak Pak Cik dan tidak berjumpa dengan Asyraf.
Hinggalah dipagi ini, saya memulakankan kembali rutin membeli nasi lemak Pak Cik. Tetapi, saya pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai Pak Cik macam selalu.. Saya belikan sebungkus dan saya berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!!. Akak tunggu Ashraf taid. Kenapa x beli nasi lemak? dah boring nasi lemak Pak Cik? (Cuba bergurau). Nah akak belikan satu. 

Ashraf: Eh, Kak Jiha..lama x nmpak. Terima kasih byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring. Tapi..(muka sayu) 
 
Jiha: ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara).

Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha. 

Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org. Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye).
Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. 

Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak.. 

Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni.. kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj).
Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa.
Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...T_T


Dua puluh sen jerk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan