Ahad, 8 September 2013
Mak pesan: “Jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
KISAH MENYAYAT HATI INI ADALAH KISAH BENAR PENGALAMAN YANG DICERITAKAN SEORANG GURU.
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.
Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.
Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
#SHARE kpd semua #
Sumber gambar:
(Untukmu Cikgu) Sumber: KISAH MENYAYAT HATI INI ADALAH KISAH BENAR PENGALAMAN YANG DICERITAKAN SEORANG GURU. (Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')).

Saya nampak
murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.
Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.
Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada.
Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?."

Ilmu yang mengEsakan Allah S.W.T..
Jangan salah gunakan ilmu dengan mendorong diri kepada kejahatan, syirik dan yang menyengutukan Allah S.W.T..
(http://www.pusakagaib.net) .
Dataran lainnya:
(Cara pemesanan) .
(Azimat penawar sihir) .
Dua puluh sen besar ertinya kepada yang hidup seadanya kerana Allah S.W.T..
Kerana 20 sen itu...
Ini kisah yang saya dapat dari wassap.group..
Masuk-masuk pejabat, termenung sekejap.. Muhasabah diri sebentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..
Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah.. Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah dan mereka tidak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan ke mana.. AllahhuRabbi..
Tiap-tiap pagi, sebelum sampai pejabat, saya akan berhenti untuk membeli nasi lemak di simpang, yang tidak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap Pak Cik kononnya (^_^) dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30 pagi. Setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian sekolah.

Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, saya akan
bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya, apalah sangat harga RM1.50 untuk
dikongsi bersama adik comel ini dan dalam kesayuan suaranya, dia tak putus-putus
mengucapkan terima kasih.
In Syaa Allah inilah peluang yang Allah SWT berikan kepada saya
bersedekah. Pernah saya bertanya kepadanya, bersekolah di mana, awalnye keluar berjalan
kaki ke sekolah, di mana tinggal dan sebagainya.
Katanya, dia bersekolah agak jauh, 25 hingga 30 minit berjalan kaki, sebab itu kena keluar awal. (Terkenang anak-anak saudara di rumah yang sebaya dengan Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana, tetapi lebih beruntung dari adik ini.. Kesian adik ini..)

Setelah hampir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah
Bonda di Kajang (masih dalam mood Hari Raya kononnya), maka 3 minggu jugalah saya tidak
membeli nasi lemak Pak Cik dan tidak berjumpa dengan Asyraf.
Hinggalah dipagi ini, saya memulakankan kembali rutin membeli nasi lemak Pak Cik. Tetapi, saya pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai Pak Cik macam selalu.. Saya belikan sebungkus dan saya berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.
Jiha: Ashraf~~!!. Akak tunggu Ashraf taid. Kenapa x beli nasi lemak? dah boring nasi lemak Pak Cik? (Cuba bergurau). Nah akak belikan satu.

Ashraf: Eh, Kak Jiha..lama x nmpak. Terima kasih byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring. Tapi..(muka sayu)
Jiha: ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara).
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.
Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt.
Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org. Jangan susahkan
org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr
meleleh mendgr ceritanye).
Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu.

Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya
dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah
dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan
sebungkus nasi lemak..
Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang
terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak
tahu apa2 ni.. kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan
20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj).
Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa.
Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...T_T

Dua puluh sen jerk.
Islam mengamal berjimat dan boros itu perbuatan syaitan laknatullah.
shared Nik Abdul Aziz Nik Mat's status.
Berjimat Suruhan Islam, Bukan Kerana
Defisit Tinggi
Saya membaca saranan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di muka hadapan Sinar Harian hari ini yang menggesa kerajaan agar berjimat cermat dan jangan boros apabila berbelanja. Katanya, negara kita kini mengalami defisit dalam perbelanjaan, jadi tidak ada cara lain untuk mengawal keadaan kecuali berjimat cermat.
Barangkali Tun Dr Mahathir baru sedar bahawa selama ini kerajaan Malaysia sudah banyak membazir di dalam perbelanjaannya. Apabila minyak terpaksa dinaikkan 20 sen hanya untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM3.3 billion yang lebih daripada itu dihabiskan untuk tujuan lain, barulah Tun bersuara.
Suka untuk saya menyebut bahawa berjimat cermat ini ialah perintah Islam. Ia bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah.

Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Bacalah
teguran Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang bernama Saad Radhiallahuanhu
ketika beliau sedang berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam
wudhuk Saad Radhiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabada:
مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ
yang bermaksud : Apakah
pembaziran in? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun ada pembaziran?
Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di dalam sungai yang
mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.
Jika di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wudhuk dengan air yang berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika di dalam keadaan air yang tidak mencukupi.

Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar yang
terbengkalai, pelaburan di luar negeri yang menggunakan duit rakyat yang
merugikan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan ke atas bahu rakyat
untuk menanggungnya jelas sekali merupakan satu pilihan yang zalim dan tidak
kena pada tempatnya.
Ketika saya mula-mula mentadbir negeri Kelantan pada tahun 1990, dasar jimat cermat inilah yang saya arah digunapakai dalam semua urusan kerajaan. Gaji bulanan Menteri Besar, ahli exco dan wakil rakyat kerajaan dipotong, sebahagiannya dijadikan sumbangan tetap untuk parti. Saya mengarahkan agar amalan memberikan cenderamata kepada pemimpin kerajaan ketika lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas tujuan yang tidak perlu.
Saya menolak peruntukan untuk keraian Hari Raya dan Juadah Berbuka Puasa yang masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 setiap tahun bermula tahun 1990. Saya tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di JKR10 bagi mengelakkan perbelanjaan mengurustadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung kerajaan. Pada masa itu, Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia yang seringkali mempertikaikan apa jua langkah positif yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.
Bahkan masih terngiang-ngiang di telinga saya tuduhan yang menyatakan bahawa amalan memberikan cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri hanya akan menyebabkan mereka menjadi malas. Tanpa segan dan tanpa silu, itulah yang ditiru kemudiannya oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Dari sudut penjimatan, tambahan cuti sehari dalam seminggu ini menjimatkan banyak bekalan eletrik yang digunakan di pejabat-pejabat kerajaan.
Saya sokong saranan Tun Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia bagus namun agak lewat. Tetapi lewat itu lebih baik dari langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir berpegang kepada prinsip better late then never. Tahniahlah, namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira apa salahnya berikan kredit kepada Islam.
Ertinya, berjimat cermat bukan hanya kerana defisit naik, bukan kerana perbelanjaan meningkat tetapi berjimat cermat kerana itulah suruhan agama. Saya tidak rasa lidah kita terlalu kekok sehingga menghalang untuk menyebut Islam.
Itulah Islam, agama yang syumul dan menyeluruh. Islam bukan hanya agama kopiah dan serban sahaja. Inilah yang wajib diketahui oleh pemimpin parti politik sekular yang hari ini dilihat banyak memakai kopiah dan menghiasi dada-dada akhbar dengan gambar berkopiah mereka.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 29 Syawwal 1434H bersamaan 5 September 2013M

Langgan:
Catatan (Atom)