Sabtu, 23 November 2013

Kembali seperti dulu yang pastinya lebih baik.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.

Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.

Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.

Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

Khazanah Nasional Berhad melabur berbilion ringgit untuk Wilayah Pembangunan Iskandar yang diilhamkan sebagaimana Shenzen, China merentasi Hong Kong.

Kawasan pembangunan itu yang dilihat melonjakkan pasaran hartanah mula menarik usahawan kecil dan sederhana, malah syarikat lain juga berhasrat melabur di kawasan itu.

Sumber:
http://penburukonline.blogspot.com/2013/11/sah-johor-cuti-hujung-minggu-jumaat-dan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan